Promotion

Friday, May 13, 2011

Tips Nombor 5: Tukarkan sudut gambar anda.

Cuba menggunakan sudut yang berbeza untuk memperbaiki foto anda.

Kita pernah mendengar ungkapan, "melihatnya dari sudut yang berbeza." Ungkapan ini biasanya diucapkan oleh orang yang cuba untuk membuat anda melihat sisi lain dari sebuah situasi yang anda tidak perasan atau terlepas pandang. Namun, ia adalah nasihat yang bagus untuk diingati dan dipraktikkan ketika mengambil gambar.


Perasankah anda, gambar profesional jarang diambil dari kedudukan sama aras dengan mata semasa kita berdiri? Itu kerana jurugambar profesional tahu menggunakan sudut yang berbeza ketika mengambil gambar dapat meningkatkan komposisi dan elemen kreatif dalam sesuatu gambar itu. Bahkan subjek yang biasa boleh kelihatan jauh lebih menarik jika gambar diambil dari sudut yang unik. Dengan beberapa penyesuaian yang sederhana, anda boleh menukar foto anda menjadi karya kreatif anda sendiri yang sangat bernilai. Anda boleh mencuba beberapa pendekatan ini:

Melutut ketika mengambil gambar. Turunkan salah satu lutut dan ambil gambar ke atas sedikit pada subjek anda boleh menambah sebuah perspektif yang unik untuk foto anda. Hal ini juga dapat membantu untuk mengurangkan gangguan yang tidak diingini pada latar belakang gambar, seperti orang yang ramai di tempat tarikan pelancong. Menurunkan lutut dan mengambil gambar ke sudut atas juga akan menampilkan langit yang indah untuk gambar di ruang terbuka, yang mana meningkatkan penampilan subjek anda.

Atau, cuba yang ini: berbaring pada belakang anda dan mengambil gambar lurus ke atas. Ia tidak semestinya lingkaran orang yang berdiri di atas anda, walaupun ia biasanya gambar berkumpulan yang menarik diambil. Tanpa mengambil kira gambar subjek yang anda ambil, anda akan kagum bagaimana gambar yang diambil pada posisi ini akan lebih memberi impak pada gambar anda.


Berlawanan dengan posisi diatas, cuba dapatkan sudut gambar dari atas subjek dan mengambil gambar ke bawah. Hal ini juga dapat membantu untuk menghilangkan latar belakang yang tidak menarik, dan memberikan sekilas gaya artistik untuk gambar tersebut. Cuma pastikan yang anda tidak melanggar peraturan atau menempatkan diri dalam bahaya dengan tindakan memanjat di tempat yang tidak sepatutnya.




Mengubah sudut mengambil gambar anda juga boleh meningkatkan prestasi subjek anda, terutama kanak-kanak. Melihat anda bergerak ke kedudukan lucu untuk mengambil gambar biasanya akan menimbulkan reaksi tersenyum indah, dan benar-benar membawa keluar emosi mereka. Jauh lebih baik daripada mengambil gambar secara lurus pada mereka dan berkata 1..2..3 senyum!




Satu perkara yang perlu dicuba ialah memusingkan kamera anda ke kiri, ke kanan, ke hadapan, atau berundur, sehingga aras bumi kelihatan menyerong, bukan horizontal lagi. Tindakan ini menambah kesan kedalaman(depth) untuk komposisi gambar anda, dan audiens anda akan tertarik dengan bagaimana anda menunjukkan sesuatu yang mereka lihat sepanjang masa – aras tanah - pada sudut dimana mereka jarang melihatnya.

Dengan beberapa beberapa perubahan pada sudut kamera semasa mengambil gambar, subjek yang normal boleh kelihatan lebih menawan di dalam gambar. Dunia jauh lebih indah dan menarik jika dilihat dari sudut yang berbeza!
InstaForex

No comments:

Post a Comment